Bagaimanakah caranya admin sekolah reset kata laluan guru kelas yang lupa kata laluan?
Admin sekolah boleh menetap semula kata laluan setelah dihubungi oleh guru kelas yang lupa kata laluan melalui laman sesawang APDM.
Caranya adalah seperti berikut:
Langkah 1:
Admin APDM sekolah terima makluman daripada guru kelas yang lupa kata laluan. Seterunya Admin melawat laman APDM iaitu, http://apdm.moe.gov.my.
Langkah 2:
Pada bahagian kiri terdapat ruangan isi maklumat, masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
Klik HANTAR untuk log masuk.

Langkah 3:
Setelah log masuk ke sistem, pergi ke Pendaftaran Kelas.
Langkah 4:
Pada ruangan nama guru kelas berkenaan, klik Reset Kata Laluan untuk menukar kata laluannya.
Kata laluan guru kelas tersebut akan ditukar kembali ke default password iaitu, kata laluan yang diberi oleh sistem secara automatik.
Admin APDM sekolah disarankan supaya memastikan guru kelas yang ingin ditetap semula reset kata laluannya adalah betul agar tidak tersalah menukar kata laluan guru kelas yang lain.
Lihat juga bagaimana kalau Admin sekolah lupa kata laluan?