Bagaimanakah caranya untuk mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas lama di dalam sistem APDM?
Kemaskini guru kelas baru/guru kelas lama boleh dibuat oleh Admin APDM sekolah.
Caranya adalah seperti langkah berikut:
Langkah 1:
Admin APDM Sekolah melawat laman sesawang APDM iaitu, http://apdm.moe.gov.my.
Langkah 2:
Log Masuk sistem APDM dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

Langkah 3:
Setelah log masuk ke dalam sistem APDM, Pergi ke Pendaftaran Kelas.
Langkah 4:
Sekiranya kelas sudah sedia ada, Klik pada Kemaskini di hujung nama kelas untuk menukar atau mengemaskini guru kelas yang sedia ada.
Belum ada kelas?
Klik Tambah Kelas untuk menambah kelas sekiranya kelas belum ada.
Langkah 5:
Akhirnya, Klik Kemaskini Maklumat Kelas
untuk menyimpan maklumat guru kelas baru yang sudah dikemaskini.