Cara Admin Reset Kata Laluan Guru Kelas

Bagaimanakah caranya admin sekolah reset kata laluan guru kelas yang lupa kata laluan?

Admin sekolah boleh menetap semula kata laluan setelah dihubungi oleh guru kelas yang lupa kata laluan melalui laman sesawang APDM.

Caranya adalah seperti berikut:

Langkah 1:
Login portal APDM.

Langkah 2:
Setelah log masuk ke sistem, pergi ke Pendaftaran Kelas.

Langkah 3:
Pada ruangan nama guru kelas berkenaan, klik Reset Kata Laluan untuk menukar kata laluannya.

Kata laluan guru kelas tersebut akan ditukar kembali ke default password iaitu, kata laluan yang diberi oleh sistem secara automatik.

Admin APDM sekolah disarankan supaya memastikan guru kelas yang ingin ditetap semula reset kata laluannya adalah betul agar tidak tersalah menukar kata laluan guru kelas yang lain.

Bagaimana sekiranya admin APDM sekolah lupa kata laluan pula?

  • Kata laluan admin APDM sekolah hanya boleh ditetapkan semula oleh admin APDM di Pejabat Pendidikan Daerah.

Oleh itu, admin APDM sekolah perlu menghubungi PPD sekolah masing-masing untuk meminta Admin APDM di Pejabat Pendidikan Daerah reset semula password.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*