Bagaimanakah guru kelas mahu menukar kelas murid oleh sebab penyusunan semula kelas ?
Guru kelas boleh menukar kelas murid dalam sistem APDM apabila perlunya penyusunan semula kelas.
Caranya adalah seperti langkah berikut:
Langkah 1:
Melawat laman sesawang APDM dan login sebagai guru kelas.
Langkah 2:
Klik Data Murid untuk memaparkan senarai nama murid.
Langkah 3:
Kemudiannya, klik Kemaskini Kelas di hujung nama murid yang ditukar kelasnya.
Langkah 4:
Skrin akan memaparkan pilihan kelas. Pilih kelas terkini bagi murid berkenaan.
Langkah 5:
Setelah memilih kelas terkini, klik Kemaskini bagi mengesahkan pertukaran. Jika tersalah memilih kelas, klik Batal untuk membuat semula.
Leave a Reply