Cara Guru Kelas Tambah Murid

Bagaimanakah caranya guru kelas untuk tambah atau mendaftar rekod murid?

Caranya adalah seperti langkah berikut :

Langkah 1:
Melawat ke laman sesawang APDM iaitu, http://apdm.moe.gov.my.

Langkah 2:
Log Masuk sistem APDM dengan memasukkan ID PenggunaKata Laluan dan klik HANTAR.

Langkah 3:
Klik pada Data Murid untuk semakan dan pendaftaran rekod murid.

Semak data murid dengan klik pada nama murid. Skrin akan memapar maklumat murid dan maklumat ibu bapa. Disitu guru kelas boleh mengemaskini maklumat berkenaan.

Langkah 4 : Data murid tiada di dalam senarai
Jika tiada rekod murid berkenaan di dalam senarai, tambah rekod murid tersebut dengan klik Daftar Murid.

Skrin akan memapar ruangan untuk memasukkan data sama ada nombor kad pengenalan, nombor sijil lahir, nombor passport atau tiada dokumen.

Langkah 5:
Setelah selesai mengemaskini rekod murid, klik Kemaskini Maklumat untuk menyimpan maklumat.

Sampai sini sahaja cara tambah rekod murid, guru kelas boleh semak adakah maklumat murid terkini sudah direkod dalam sistem ADPM, lihat cara kemaskini maklumat murid.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*