Cara Membuat Laporan MBMMBI Setiap Kelas

Bagaimana pihak sekolah membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi setiap
kelas?

Guru kelas boleh meminta Admin APDM sekolah membuat laporan bagi kelas beliau.

Laporan pelaksanaan MBMMBI boleh dibuat oleh Admin APDM Sekolah.

Caranya adalah seperti langkah berikut:

Langkah 1:
Log Masuk sistem APDM dengan memasukkan ID Pengguna ,Kata Laluan dan klik HANTAR.

Langkah 2:
Klik pada Pendaftaran Kelas untuk membuat laporan pelaksanaan MBMMBI sama ada bagi setiap kelas atau mengemaskini maklumat sedia ada.

Langkah 3:
Seterusnya, klik pada Tambah Kelas jika tiada kelas.

Langkah 4:
Sekiranya kelas sudah sedia ada, klik pada Kemaskini di hujung nama kelas yang ingin dikemaskinikan untuk laporan MBMMBI.

Langkah 5:
Setelah selesai mengemaskini maklumat, sila klik Kemaskini Maklumat Kelas untuk simpan.

Admin sekolah juga boleh mengemaskini maklumat sekolah. Lihat cara kemaskini maklumat sekolah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*