Cara Mengesah Kesemua Data Murid APDM

Bagaimanakah caranya Admin APDM Sekolah membuat pengesahan bagi kesemua data murid?

Pengesahan kesemua data murid boleh dibuat oleh Admin APDM Sekolah. Semakan data murid perlu dibuat sebelum pengesahan.

Cara admin mengesah kesemua data murid ialah:

Langkah 1:
Melawat laman sesawang APDM, http://apdm.moe.gov.my

Langkah 2:
Log Masuk sistem APDM.

Langkah 3: Semakan
Setelah log masuk ke dalam sistem APDM,

Klik Data Murid. Disini admin perlu memastikan jumlah keseluruhan murid dan bilangan murid mengikut kelas termasuk jantina murid adalah betul dan tepat.

Klik pada nama tingkatan/tahun yang berkenaan, skrin yang dipaparkan adalah mengikut tingkatan/kelas serta jantina.

Klik pada Data Murid bagi menyemak kemaskini oleh guru kelas bagi data murid.

Gerakkan cursor menuju ke Kelas. Disitu, skrin akan memapar semua kelas mengikut
tingkatan/tahun.
Untuk melihat senarai nama murid. Klik pada nama kelas yang berkenaan.

Klik pada nama murid yang berkenaan untuk menyemak maklumat murid, dan juga maklumat ibu bapa.

Klik ‘Paparan pendapatan penjaga pertama dan penjaga kedua’ sekiranya ingin menyemak maklumat pendapatan ibu bapa.

Langkah 4: Mengesah
Klik pada Data Murid, pergi ke bahagian bawah skrin yang tertulis

“Semua data murid seperti di atas telah dikemaskini”

untuk membuat pengesahan kesemua data murid.

Untuk pengesahan data murid, admin sekolah perlu membuat dalam tempoh tarikh yang ditetapkan. Lihat tempoh admin sekolah mengesahkan data murid. Kesemua data murid yang telah disahkan oleh pentadbiran atau pengurusan sekolah akan dimaklumkan kepada pihak berkenaan seperti Penjabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*