Cara Mengesahkan Permohonan Sekolah Kawalan

Bagaimanakah cara untuk Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan membuat pengesahan permohonan sekolah kawalan?

Admin APDM Sekolah harus sudah mendaftar Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan ke dalam sistem.

Caranya adalah seperti langkah berikut:

Langkah 1:
Melawat laman sesawang APDM

Langkah 2: Login APDM

ID Pengguna : No Kad Pengenalan yang tiada simbol (-)
Kata Laluan : Yang dimaklumkan oleh Admin APDM Sekolah

Langkah 3:
Klik pada Sekolah Kawalan setelah log masuk. Semak permohonan yang ada tertulis ‘Menunggu Pengesahan Guru Besar’, jika tidak pengesahan adalah tidak dibenarkan untuk dibuat.

Sekiranya status permohonan ada tertulis ‘Permohonan Belum Disahkan’, maksudnya pemohon/guru kelas belum menyerahkan/mencetakkan permohonan tersebut kepada pihak berkenaan.

Lain daripada itu, sekiranya status permohonan adalah ‘Menunggu Kemasukan Data Akademik’, maksudnya pengisian markah akademik murid belum dibuat oleh guru kelas berkenaan bagi permohonan tersebut.

Langkah 4:
Tekan butang Sah Permohonan untuk membuat pengesahan.

Pengetua/Guru Besar/PK2 perlu menanda pada kotak ‘Saya mengesahkan permohonan ini’ setelah skrin memaparkan permohonan tersebut supaya diteliti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*