Daftar Kelas Baru atau Padam Kelas Lama

Bagaimanakah caranya untuk mendaftar kelas yang baru atau memadam kelas lama dalam sistem APDM?

Daftar kelas baru atau padam/buang kelas lama boleh dibuat oleh Admin APDM sekolah.

Caranya adalah seperti langkah berikut:

Langkah 1:

Melawat laman sesawang APDM sebagai seorang admin sekolah

Langkah 2:
Log Masuk sistem APDM seperti biasa.

Langkah 3:
Setelah log masuk ke dalam sistem APDM, Klik pada menu Pendaftaran Kelas.

Langkah 4:

Tambah Kelas
Klik Tambah Kelas untuk menambah kelas baru dan Klik Kemaskini di hujung nama kelas baru itu.

Padam Kelas
Klik Padam hujung nama kelas yang lama supaya kelas tersebut dipadamkan/dibuangkan. Setelah selesai.
Anda dinasihatkan supaya menyemak dan pastikan kelas yang hendak dipadam/dibuang. Tiada murid sepatutnya di dalam kelas tersebut.

Untuk menyemak maklumat murid, boleh melihat cara kemaskini maklumat murid.

Langkah 5:
Setelah selesai kemaskini kelas, Klik Kemaskini Maklumat Kelas untuk menyimpan segala maklumat yang telah dirubah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*