Kemaskini maklumat murid di APDM bagi Guru Kelas

Guru kelas boleh mengemaskini maklumat atau rekod data murid dengan sistem APDM. Guru-guru yang bukan guru kelas pada sebuah kelas tidak akan diberikan akses untuk berbuat demikian.

Langkah 1:
Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan. Seterusnya klik butang HANTAR untuk log masuk.

Langkah 2:
Klik Data Murid untuk memaparkan senarai nama murid.

Langkah 3:
Data murid yang ingin dikemaskini sepatutnya sudah ada tersenarai mengikut kelasnya.
Kemaskini maklumat murid tersebut dengan klik pada nama murid tersebut. Maklumat yang boleh dirubah adalah seperti nombor kad pengenalan, nombor sijil lahir, nombor passport atau tiada dokumen.

Langkah 4:
Setelah sudah mengemaskini maklumat murid. Klik pada Kemaskini Maklumat untuk menyimpan ke sistem.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*