Kemaskini Rayuan Penempatan Murid eDaftar

Guru besar/pengetua, penolong kanan hem sekolah rendah dan sekolah menengah, penyelaras tahun 6 dan penyelaras tingkatan 1/peralihan terlibat dalam pengesahan rayuan penempatan murid.

Panduan Pengesahan Penempatan Murid (murid sekolah rendah)

Surat kelulusan permohonan penempatan murid akan dicetak dan diedarkan kepada murid tahun 6 oleh pihak sekolah rendah.

Cara pendaftaran penempatan

  • Satu murid Sekolah Rendah ke Sekolah Menengah atau
  • Dua Guru Sekolah Menengah datang ke Sekolah Rendah

Pada hari pendaftaran tersebut, ibu bapa/penjaga perlu menyediakan dokumen salinan yang disahkan seperti di bawah dan membawanya hadir ke SMK yang diluluskan :-

  1. Surat Penempatan Murid Tahun Enam Ke Kelas Peralihan / Tingkatan Satu
  2. Sijil Kelahiran
  3. Kad Pengenalan (Jika Ada)
  4. Slip menduduki UPSR / Slip Keputusan UPSR
  • Sekiranya pengesahan penempatan tidak dibuat oleh ibubapa/penjaga, hal ini akan menyebabkan penempatan anaknya dibatalkan dan akan digantikan dengan murid lain yang membuat permohonan rayuan setelah mendapat kelulusan daripada PPD.

Panduan Pengesahan Penempatan Murid (Sekolah Menengah)

  • Dalam masa yang ditetapkan untuk proses pengesahan penempatan murid Tingkatan 1, murid perlu hadir pada tempoh masa tersebut ke Sekolah Menengah yang diluluskan. Jika gagal berbuat demikian, murid tersebut akan dilabel sebagai “Tidak Melapor Diri” oleh pihak sekolah berkenaan.
  • Jika murid tahun 6 gagal membuat pengesahan penempatan di sekolah menengah yang diluluskan sebelum tarikh sekolah menengah buka, selepas 15 hari kemudiannya murid tersebut akan dianggap cicir.
  • Murid tersebut perlu mendaftar menggunakan borang ASBS14.
  • Dalam tempoh pengesahan penempatan berjalan, pihak sekolah perlu menyimpan Borang Pengesahan Penempatan secara manualnya. Hal ini dibuat bertujuan sebagai rekod pembuktian bahawa proses pengesahan penempatan dan rayuan secara online sudah dibuat oleh ibu/penjaga murid di Sekolah Menengah yang telah diluluskan.

Panduan Rayuan Penempatan Murid Tingkatan 1 (Sekolah Menengah)

Pengesahan penempatan murid boleh dibuat di Sekolah Menengah yang telah diluluskan, selepas itu, online, permohonan rayuan penempatan boleh dibuat melalui eDaftar Menengah menerusi Modul Pengurusan Murid di sistem APDM.

Lihat cara admin sekolah log masuk ADPM.

  • Cetakan surat kelulusan permohonan rayuan akan diedarkan kepada murid sekirannya pihak Sekolah Menengah, sekolah pilihan/penempatan pertama telah luluskan permohonan tersebut.
  • Bagi rayuan ke sekolah Luar Negeri pula, permohonan rayuan perlu dibuat secara manual.
  • Pejabat Pendidikan Daerah yang akan melulus permohonan rayuan Dalam Daerah atau Antara Daerah yang telah dibuat melalui eDaftar Menengah. Kelulusan daripada PPD ialah mengikut enrolmen semasa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*