Kemaskini Subjek Guru Kelas bagi GPK MPM

Panduan Kemaskini Subjek Guru bagi GPK (Guru Penolong Kanan) di Modul Pengurusan Murid(MPM).

Cara GPK mengemaskini maklumat subjek guru adalah seperti langkah berikut:
GPK belum ditugaskan? Lihat cara kemaskini GPK bagi admin sekolah.

  • Log masuk APDM
  • Sekiranya sekolah anda belum pernah menetapkan subjek, skrin akan memaparkan sebuah notis tertulis ‘Sekolah belum pernah membuat tetapan subjek’.
  • Tekan butang OK untuk teruskan.
  • Aktifkan paparan tahun/tingkatan dengan klik Kemaskini Subjek.
  • Nota di bahagian bawahnya tertera info Subjek Utama dan Subjek Pilihan.
  • Kemudian satu notis Perhatian akan dipaparkan. Ia bermaksud subjek sudah pun dikemaskini dengan berjaya.
  • Tekan OK untuk teruskan.
  • Langkah seterusnya ialah tekan menu Tahun/Tingkatan untuk paparkan senarai kelas yang ada.
  • Paparan senarai kelas mengikut nama kelas.
  • Sekiranya ada nama Guru Kelas yang salah, sila maklum kepada Admin Sekolah untuk pembetulan di menu Pendaftaran Kelas.
  • Menetap subjek dengan menekan Utama atau Pilihan.
  • Tanda (X) di bahagian status tetapan bermaksud GPK1 belum membuat tetapan subjek bagi kelas tersebut.
  • Tekan Tambah Subjek untuk memilih subjek tetapan.
  • Tekan butang Kembali untuk balik ke Menu Utama.
  • Seterusnya, pilihan senarai subjek akan dipaparkan.
  • Tandakan kotak bagi subjek yang ingin dipilih.
  • Setelah selesai, tekan butang Pilih untuk teruskan.
  • Kemudian, tekan +Guru bagi menetapkan guru untuk setiap subjek yang dipilih tadi.
  • Sekiranya ingin memadam/membuang subjek daripada senarai, tekan Padam Subjek yang terletak di di hujung kolum.
  • Mengisi No. MyKad guru subjek berkenaan bagi pengesahan tambah subjek tersebut.
  • Satu notis Berjaya akan pop up setelah berjaya menambah Guru Subjek bagi kelas tertentu.
  • Tekan Padam untuk buang nama guru subjek
  • Satu peringatan akan dipaparkan bagi pengesahan, tekan YA atau TIDAK.
  • YA untuk teruskan dan TIDAK untuk batalkan.
  • Setelah berjaya menetap subjek guru kepada kelas berkenaan, pada bahagian Tetapan Subjek dan Status Subjek akan ada tanda BETUL (seperti dalam gambar).
  • Demikianlah cara kemaskini subjek Guru Kelas bagi GPK di MPM APDM.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*