Kemaskini Subjek Murid MPM bagi Guru Kelas

Panduan guru kelas kemaskini subjek murid melalui sistem Modul Pengurusan Murid (MPM)

Caranya adalah seperti langkah berikut :

  • Log Masuk sebagai guru kelas
  • Kemudian, tekan menu Subjek
  • Tekan butang Tetapan bagi menetapkan murid pada subjek berkenaan.
  • Bilangan guru mengajar tertakluk kepada pilihan guru subjek yang telah dibuat oleh GPK 1
  • Tandakan kotak Tetapan subjek untuk membuat pilihan semua murid atau tandakan mengikut murid secara individu.
  • Boleh pilih dan tekan Tetapan guru daripada menu dropbox.
  • Bagi subjek DLP pula, ruang senarai lajur Tetapan DLP akan dipaparkan. Sekiranya murid mengambil program DLP, tandakan kotak Tetapan DLP.
  • Tekan Kemaskini Subjek Murid.
  • Peringatan akan dipaparkan sekiranya tetapan kemaskini berjaya.
  • Tekan Bil Murid Ambil bagi mendapatkan senarai nama murid yang telah ditetapkan.
  • Skrin dipaparkan Senarai nama murid yang mengambil subjek tertentu.
  • Disini, kemaskini subjek murid dengan menggunakan APDM selesai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*